Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja?
Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Qur...an kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala..
Kalo dah CUBA tu jangan LUPA BACA ye!
1 comments:
Anonymous
said...
Live dealer casino site | Lucky Club Lucky Club Live casino online allows players to play casino games for real money in virtual casinos all around the world. You'll be able to luckyclub.live bet on all of
"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."
doa untuk mendapat jodoh terbaik~~
Sahabatku, Aminkan doa bila anda ingin segera mewujudkan impian unt mendapatkan jodoh yg terbaik dari sisi Allah, membina keluarga sakinah mawaddah warahmah. 'Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah'
Artinya. 'Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yg terbaik dari sisiMu, pasangan yg juga menjadi sahabat kami dlm urusan agama, urusan dunia & akhirat.'
"Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak watuhassinu bihaa lanal akhlaak wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim"✿~ ~~"Wahai ALLAH rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah, dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami, dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya".
Zikir untuk diringankan jodoh~~
Amalan harian…
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.” (Surah al-Anbiya’ ayat 89) P/s- Doa ini sesuai diamalkan bagi mereka yang susah untuk mendapat jodoh…
Kata-kata semangat~
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"
Kemaafan~~
"kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"
1 comments:
Live dealer casino site | Lucky Club
Lucky Club Live casino online allows players to play casino games for real money in virtual casinos all around the world. You'll be able to luckyclub.live bet on all of
Post a Comment