Berikut adalah 14 perkara yang sunat untuk dilakukan oleh orang Islam apabila menjelangnya hari Asyura ini.
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah.
Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah.
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat.
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak.
Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Di masa kini, ramai diantara kita dihimpit oleh pelbagai masalah yang meresahkan kehidupan. Diantaranya adalah masalah hutang. Kita sebagai orang orang Islam adalah diwajibkan membayar hutang kerana ianya urusan kita dan manusia lain. Sekiranya kita meninggal dunia sebelum sempat melunaskan hutang, dikhabarkan roh kita akan tergantung diantara langit dan bumi sehingga hari kiamat.
Oleh itu marilah kita bersama – sama berdoa kepada Allah agar dijauhkan segala azab dan dapat melunaskan hutang kita dan membebaskan diri dari kemiskinan.
اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu”.
Kisah di sebalik doa ini :
Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi , seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Sayyidina Ali ra meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas. Sayyidina Ali memberitahunya jika kamu bermal dengan doa yang pertama di atas , engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung
Sumber: http://akuislam.com/blog/doa/doa-agar-dapat-membayar-hutang/#ixzz1edeFa2yO
DOA UNTUK MENGECUT KANSER
Surah Taha (ayat 105-107):- BACA 7 KALI
Yansifuhaa robbii nasfaa. Fayazaruhaa khoo aann sofsofaaa. Laa taro fiihaa iwajaau walaaa amtaa.
Terjemahan:
"Tuhanku menghancurkannya sehancur-hancurnya. Lalu dibiarkannya menjadi tanah rata yang kosong. Tiada engkau lihat atasnya bertinggi rendah."
DOA UNTUK MEMBUNUH KANSER
Surat Qalam (Ayat 1-5)
Bismillahirahmanirrahim, nuun. Walkholami wamaa yasturuun. Maaa anta binikmati robbika bimajnuuun. Wa inna laka laa ajron ghoiro mamnuun. Wainnaka la a’laa hulukin aziiimm. Fasa tubsiru wayubsiruunn.
Terjemahan:
“Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana). Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam); Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat.”
Surat Qalam (Ayat 16-20): 7 kali berulang sebanyak 20kali
Sanasimuhuuu alaalhurtuuumm. Innaa baluunaahum kamaa balaunaaa as haabaljannati iz aksamuu layasri munnahaa musbihiin. Walaa yastasnuun. Fathoo fa a’laihaa thooifumm mirrobbika wahum naaa imuuunn. Fa as bahath kassoriiimm.
Terjemahan:
“(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu). Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; Serta mereka tidak menyebut pengecualian. Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur. Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.”
1. Membaca SURAH AL-WAQIAH
- Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
- Sabda Rasulullah SAW:
سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’). 2. Membaca Surah Al-Ikhlas:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya. (Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)
Allah yang menguji manusia dengan penyakit, Allah juga yang berkuasa menyembuhkan. Link doa untuk penyakit kanser dari satu blog yang diemailkan oleh seorang sahabat di Lancaster ini rupanya menjadi penyebab sembuhnya penyakit seorang hamba Allah di Malaysia. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyampaikan perkara yang baik ini. Semoga Allah berikan ganjaran sebaiknya dan dilimpahkan rahmatNya yang banyak kepada kita semua.Ya Allah berikanlah kami kesihatan dan kesejahteraan dan jauhkanlah kami dari segala jenis penyakit, zahir dan batin. Janganlah diuji kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami hadapi. Amin.
To shrink cancer cell -
Surah Thaaha 105 -107 (7 times)
To kill cancer cell:
1. Surah Al-Qalam 1-5
2. Surah Al-Qalam 16-20 ( 7 times, repeat verse 20, 20 times)
To cure from cancer (read following sequence):
1. Al-fatihah
2. Al-Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali-Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al-A'raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thaaha 65-69
7. Mukminun 115-118
8. As-Shaaffaat 1-15
9. Ar-Rahman 31-34
10. Al-Hasyr 21-24
11. Al-Mulk 3-4
12. Al-Qalam 3-4
13. Al-Jinn 3
14. Al-Kafiruun
15. Al-Falaq
16. An-Nas(Read 7 times onto water for shower and to be drank)
Believe, it is He the Most Merciful, the Most Loving, for it is He who will give a cure to this disease. Insya'Allah, if it is the best fated and charted in my life.
Always read:Doa Nabi Yunus, Bismillah 5, Doa Nabi Ayub, Ayat Syifa' and istighfar
Hidup ini semakin hari semakin banyak pula dugaan. Dugaan semalam belum lagi tamat, datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini. Namun, sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita. Mengajar kita erti menerima.
Setiap anak Adam di atas muka bumi ini telah ditentukan Allah ajalnya, rezekinya, jodohnya dan menjadi orang yang sengsara ataupun sebaliknya sejak azali lagi. Sebagai contoh:
Hari ini Aminah makan nasi goreng dan air laici, malamnya pula Aminah makan mee goreng dan air masak. Jadi, di sinilah ketentuan Allah bahawa rezeki Aminah dari segi makanan, minuman dan sebgainya telah ditetapkan baginya.
Begitu juga rezeki dari segi Belajar. Sebagai contoh: Aminah merupakan pelajar SK. Fakeh Abdul Samad, setelah itu dia melanjutkan pelajaran ke SMK. Seri Mahkota. Kemudian tamat sahaja SPM, dia melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu. Ini semua merupakan ketetapan Allah kepada setiap hamba-Nya. Suatu ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
Ketika Aminah di sekolah, matriks dan universiti banyak pula cabaran dan dugaan yang diberikan Allah sesuai dengan kesanggupannya. Segala dugaan dan cabaran yang ditempuhi haruslah diiringi dengan kesabaran dan kecekalan. Bagaimana untuk menerbitkan rasa sabar?
Rasa sabar insya-Allah dapat dilahirkan apabila seseorang itu belajar untuk menerima. Belajar untuk menerima segala ketentuan Allah. Apabila seseorang itu menerima segala dugaan Allah dengan sabar. Maka ganjaran yang besar akan diperolehi di dunia bahkan ganjaran yang sangat besar di Akhirat.
Usahlah khuatir, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Segala kesusahan yang kita hadapi moga dapat memberi suatu hasil yang lumayan di dunia dan di Akhirat kelak.
"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." [al-Insyirah, ayat 5 dan 6]
Usaha, Doa, Tawakal dan Redha
Bagaikan suatu formula pula. Usaha + Doa + Tawakal + Redha = TENANG. Sudah pasti ketenangan dapat dihasilkan apabila menggunakan bahan-bahan seperti Usaha, tanpa usaha kita tidak mungkin berjaya (dengan izin-Nya), kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang selalu berdoa tetapi langsung tidak berusaha, sebagai contoh:
Ali sangat lapar ketika itu, dia terus berdoa kepada Allah agar memberinya makanan. Namun begitu, dia langsung tidak berusaha untuk mendapatkan makanan.
Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan dia berusaha untuk mengubahnya sendiri. Ya, USAHA!
Doa merupakan senjata orang Mukmin, berdoalah dan jangan sombong! Allah tidak menyukai hamba-Nya yang sombong iaitu yang selepas selesai solat, langsung tidak berdoa meminta kepada Allah.
Setelah kita masukkan bahan usaha + doa, kita campurkan pula ramuan Tawakal. Tawakal bererti berserah kepada Allah.
Bahan yang terakhir adalah Redha, sebagai contoh apabila seseorang itu memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang, seharusnya dia redha, walaupun dia sudah berusaha dan berdoa sehabis mungkin. Bersangka baiklah pada Allah S.W.T kerana Dia lebih mengenali diri kita berbanding, kita mengenali diri sendiri. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.
Maka,apabila kita redha. Bahan-bahan tersebut telah membuatkan kita mencapai tahap REDHA.
Insya-Allah
Wallahualam
Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”AIR MATA ITU..
~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah RE...DHANYA? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA? ✿~
Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(✿◠‿◠)
~✿ Cinta bukan milik kita ~ Cinta milik Allah.. ♥
Setiap perpisahan tidak sia-sia.
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata.. ~✿
~✿..Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini, sampaikanlah kepadanya..jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana..jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku, PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat..✿~
>>> Di sisi ada "dia", akan ku tetap menunggu sehingga SAAT itu menjelma, moga dipermudahkan urusan ini ya Allah..(✿◠‿◠)
~✿ Seringkali kita mengalami kekecewaan apabila setiap apa yang kita idam-idamkan tidak menjadi kenyataan..masalah berkaitan putus cinta, keruntuhan rumah-tangga hatta kematian orang yang kita sayang seperti suami, isteri, ibu, anak dan sebagainya..masing-masing punya cara sendiri untuk mengatasinya. Ada yang memilih untuk menyendiri..ada yang memilih untuk meraung sekuat-kuat hati, ada pula yang memilih jalan yang salah bagi menghilangkan rasa kecewa misalnya dengan mengambil dadah, arak, atau cuma mencari hiburan dalam bentuk lain yang bercanggah dengan syariat islam semata-mata kononnya untuk melupakan kekecewaan yang lahir..
Hakikatnya, kita kecewa kerana kita merasakan kita berhak..kita merasakan sesuatu itu adalah milik kita mutlak...tanpa kita sedar yang segala sesuatu itu adalah amanah dan pinjaman dari Allah kepada kita..bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekecewaan tersebut :
Letak tapak tangan pada dahi atau dada, kemudian baca Ayat 39 : Surah Ar-Ra'ad (Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan.")
( Ar-Ra'ad 13:39 )
Setelah selesai baca ayat ini, genggam tapak tangan, kemudian buat isyarat membuang.Wallahu A’lam..~✿